FERGUSON, Amerika Syarikat – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh apabila demonstrasi aman yang diadakan di sini, tiba-tiba bertukar menjadi ganas.
Acara itu diadakan sempena ulang tahun kematian seorang remaja berketurunan Afrika Amerika yang ditembak mati seorang anggota polis berkulit putih.
Ia bertukar ganas apabila sekumpulan penunjuk perasaan bertindak memecahkan beberapa kedai dan mengasari polis.
Jabatan Polis Negeri St Louis menyatakan, seorang penunjuk perasaan ditembak manakala beberapa lagi di hantar ke hospital.
Media tempatan pula melaporkan mendengar sekurang-kurangnya 12 das tembakan dilepaskan sehingga menimbulkan situasi tegang di kalangan penunjuk perasaan dan pasukan polis. – AFP