Fakta: Kajian Buktikan Gadis Lebih Tergoda Pada Abam Boroi Dari Abam Sado..?

Gambar Hiasan
NAMPAK gayanya trend kaum lelaki yang kini gigih membina badan masing-masing untuk tampak lebih segak serta menjadi lebih sihat ini tidak menjanjikan dapat menarik perhatian kaum wanita.

Satu kajian telah dijalankan di Britain mendapati majoriti kaum hawa yang menjadi responden mendedahkan bahawa mereka lebih suka bersama dengan lelaki yang berisi atau gempal.

Sementara kebanyakan lelaki berusaha memiliki six-pack di bahagian perut mereka, majoriti daripada wanita British lebih gemar dengan lelaki yang mempunyai "baby-bump"  atau "beer belly".

Seramai 2544 orang wanita yang berusia 18 tahun ke atas telah diuji di United Kingdom dan sebanyak 38% daripada mereka menyatakan lelaki yang gemuk dan gempal lebih romantik dalam bercinta.

Kaum wanita juga menyatakan golongan lelaki seperti ini lebih suka melayan mereka berbanding diri sendiri serta lebih penyayang dan lemah lembut.

Di bawah ini merupakan top 5 jenis badan lelaki yang menjadi pilihan wanita untuk bersama mereka di dalam bilik tidur.

1) Lelaki bersaiz besar / berat badan berlebihan – 38%

2) Lelaki berotot / athletic – 21%

3) Lelaki tinggi (ketinggian lebih 6 kaki) – 13%

4) Lelaki pendek ( tinggi kurang daripada 5 kaki 8 inci) – 10%

5) Lelaki kurus / kecil molek – 9%


Menurut sumber juga, trend menggilai lelaki bersaiz besar ini semakin menular dalam kalangan wanita British kini semakin meningkat.

Walaubagaimanapun, kepada semua lelaki bersaiz besar di luar sana, jangan terlalu selesa dengan keadaan sekarang kerana kesihatan dan kecergasan diri juga perlu dititikberatkan.

Kesimpulannya, tidak kira sama ada gemuk, kurus atau sado, setiap lelaki ada kelebihan dan tarikan masing-masing. Pasti akan ada wanita yang terpikat, apa yang penting adalah ketulusan cinta yang dicurahkan. – Agensi