Farid Kamil Sahkan Diana Danielle Hamil Anak Kedua Mereka


Tahniah Kedahnews.com ucapkan kepada pasangan pelakon berwajah Pan-Asia, Diana Danielle dan suaminya yang merupakan anak kelahiran Kedah, Farid Kamal, apabila kedua mereka disahkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Farid itu apabila menyatakan bahawa Diana telah hamil buat kali kedua baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki anak kedua ini.

“Sebagai bapa, saya sangat gembira dan teruja sama seperti ketika kelahiran anak pertama kami dulu.

“Kami memang sudah bersedia untuk mendapat anak kedua kerana anak pertama, Muhammad sudah berusia dua tahun,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.


Selain itu, Farid turut menjelaskan bahawa dia dan Diana tidak kisah tentang jantina anak keduanya sama ada perempuan atau lelaki dan mereka masih lagi belum membuat pemeriksaan mengesan jantina bayi di dalam kandungan itu.

Jelas Farid, apa yang penting, setakat ini, Diana dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Difahamkan, Diana juga sudah berehat dari aktiviti seni kerana ingin menjaga kesihatan kandungannya itu. -Kedahnews.com