Gadis Berjaya Rakam Aksi Lelaki Gila Seks Dalam Tren Komuter


Seolah-olah tiada langsung rasa bersalah mahupun perasaan malu, itulah yang boleh dikatakan mengenai tingkah laku seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Melayu yang begitu selamba melakukan aksi lucah di hadapan seorang wanita ketika di dalam LRT.

Video rakaman yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Wardah Hanum Za yang juga merupakan mangsa gangguan seksual dari lelaki berkenaan kini menjadi viral di media sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, dapat dilihat lelaki tersebut ingin menunjukkan keghairahannya nafsu seksnya sehingga meraba-raba alat sulitnya di hadapan mangsa.

Menurut Wardah Hanum, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang menaiki LRT di laluan Ampang.

“Seperti yang anda lihat, apa yang sedang dilakukan lelaki itu di dalam video sambil bercakap sesuatu yang tidak ingin saya kongsikan di sini,” katanya.



Lelaki gila seks spotted..! Kali ni kat dalam tren komuter baru-baru ni.. Jadi hati-hati wanita dan gadis di luar sana dengan lelaki ini... sediakan je apa-apa untuk "dihadiahkan" untuknya kalau terserempak...Video kredit: Wardah Hanum
Posted by Kedahnews.com on Monday, August 17, 2015
Jelasnya, lelaki itu telah mengekorinya sehingga masuk ke dalam LRT dan sengaja duduk di hadapannya.

Mangsa dalam info di Facebooknya turut memberitahu, memandangkan ia adalah perkhidmatan terakhir LRT, jadi suasana di dalam gerabak kereta api agak sunyi, kerana tidak ramai pengguna.


Video yang mula tersebar di laman-laman sosial itu turut mendapat reaksi amarah dari netizen yang berang dan jijik dengan tindakan lelaki berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, Surayia Johanis menyelar aksi lelaki itu dengan berkata, ianya sangat tidak senonoh dan keji.

Manakala Ain Rashid pula berkata: “Ya Allah, pervert gila! Sangap tak ingat dunia lah tu. Wardah beli pepper spray lepas ni, kalau nampak lagi orang gila ni, sembur sahaja.”

Rosyamira Rose pula menyarankan agar mangsa terus membuat aduan polis disebabkan bukit daripada video yang dikongsikan adalah jelas mengenai perlakuan lelaki tersebut.

“Be careful Wardah Hanum Z A…don’t give him a chance… Lodge police report…you ade bukti yg kukuh tu…don’t let him repeated the same thing to you or others women’s…,” katanya.

Mangsa kemudiannya memberi peringatan kepada semua wanita agar berhati-hati terhadap lelaki itu dan laporan polis juga akan dibuatnya.

Bagi menjawab persoalan mengapa Wardah terus berada di situ dan merakam perangai bodoh lelaki gila seks berkenaan, berikut di bawah adalah jawapan penuh dari wanita itu. -Kedahnews.com

Wardah Hanum, gadis yang menjadi mangsa lelaki berkenaan
Dan ada pertikaikan kenapa saya rakam dan kenapa masih dduk di situ. Saya beranikan diri utk curi2 rakam. Sdgkan lelaki tu berkali panggil saya tgk dia dan berkata2 lucah. Tapi saya pura2 tak dgr.  
Kalau la masa tu saya tak rakam dan saya cuma share cerita ttg lelaki tu tapi takda gambar. Rasa rasanya berguna ke point saya tu? Membantu ke orang lain? Gadis2 lain tu tau ke sapa laki yg perlu mereka berjaga jaga tu? Dalam train masih ada beberapa org lain mestila saya berani rakam.  
Walaupun masa tu tak ada sapa yg perasaan kelakuan dia dssbkan bunyi bising train tu sndri dan masing2 focus dgn gadjet masing2. Bukan saya duduk seorang diri masa tu dlm train tu. Apa yg saya khuatiri adalah kalau laki mcm ni ikut target dia balik.  
Tambahan pula bagi yg kerja shift balik malam. Kalau turun turun train buka pintu trus rumah kita tak apa jugak. Ni dari stesen kena berjalan lagi nak sampai rumah. Apa pun saya dah buat report polis.  
Pagi ni saya bangun awal, redah jamm dan lambat pergi keja semata mata nak pegi buat report sbb ramai yg mntk saya buat report sbb mereka jugak risaukan keselamatan masing2 dan takut terkena pada diri sendiri.  
Kalau ikutkan saya tak pergi pun sbb saya boleh decide utk tidak naik train lagi kalau saya nak. Kalau bukan utk saya, utk kaum kaum hawa atau bakal mangsa yg lain jugak yg mungkin terdiri dari ADIK, KAKAK atau SAUDARA MARA anda sendiri.  
Lagipun ni bukan kali pertama saya nampak laki tu kat stesen tu. Ada yg kata saya saja nak menviralkan diri sendiri, buat apa la saya nak viralkan dri saya dgn benda yg saya sendiri tak sanggup nak sebut lebih detail.  
Saya sekadar berkongsi dan tak sangka ramai yg share video tu. Tu bermakna rakyat malaysia ni perihatin, sbb kejadian berlaku dlm lrt dan ramai yg menggunakan perkhidmatan lrt ni hari2. Apa yg saya nampak dgn video tu masing2 dah alert adik, kakak dan kawan2 masing2.  
Terpulang masing2 mcm mana nak terima benda ni tp saya mntk amik yg elok2 je dr perkongsian saya ni.