Gadis Tinggal Dalam Keretapi Sebab Selalu Bergaduh Dengan Tuan Rumah Sewa

BERLIN - JERMAN. Gara-gara sering berbalah dengan setiap pemilik rumah yang disewanya, seorang pelajar sebuah universiti mengambil keputusan untuk tinggal di dalam kereta api.

Leonie Muller, 23, membayar £240 (RM1,169) untuk membeli tiket pas bulanan kereta api tersebut, malah kosnya lebih murah berbanding menyewa sebuah rumah iaitu sekitar £290 (RM1, 412) yang dibayarnya sebelum ini. 

Pelajar itu meletakkan semua keperluannya termasuklah pakaian, komputer tablet, alat pembelajaran di dalam beg.

"Saya benar-benar berasa seperti di rumah sendiri, malah saya juga dapat melawat rakan-rakan dan melancong di beberapa bandar. Ia seperti bercuti sepanjang masa," katanya dipetik Mirror.uk

Leonie memberitahu stesen TV Jerman, TV SWR, dia menjalankan kehidupan seperti biasa seperti mandi, makan, membaca dan menulis.

"Saya sentiasa bertemu dengan ramai orang yang baik dan pasti akan ada sesuatu yang boleh dilakukan di dalam kereta api," katanya lagi. 

Selain itu, Leonie turut mendokumenkan pengalaman di dalam blognya malah turut melakukan kajian mengenai cara hidup nomad untuk pengajian ijazahnya.

Sumber: Sinar Harian