Tommy Clarke |
Seorang jurugambar profesional, Tommy Clarke sememangnya tidak mahu dikenali sebagai hanya seorang jurugambar yang biasa sahaja dan mahu hasil karyanya dilihat luar biasa, lahir dari kesungguhan dirinya dalam profesion yang diceburi.
Jika kebanyakan jurufoto gemar menggunakan khidmat pesawat drone untuk mengambil pemandangan dari udara namun lain halnya buat Tommy.
Dia sebaliknya mengambil keputusan ekstrem apabila bertindak berani mencuba sendiri merakamkan foto menarik dengan bergayut di luar helikopter!
Jurufoto berusia 28 tahun yang berpangkalan di London, Britain ini memiliki kecenderungan untuk mengambil gambar warna-warni dan terang.
Malah kebanyakan hasil seninya diambil di pantai yang menampakkan pelbagai objek serta gelagat pengunjung.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang dirakam Tommy hasil dari aksi bergayut di helikopter. -Kedahnews.com