Genap Usia 18 Tahun, Adik Bongsu Kim Kardashian Ditawar Berlakon Filem Lucah

Kylie Jenner
Adik bongsu kepada keluarga seksi yang glamor terkenal Kardashian-Jenner, Kylie Jenner dipercayai telah ditawarkan untuk membintangi filem lucah sebaik saja usianya mencecah 18 tahun pada minggu lalu.

Menurut laporan portal TMZ, Kylie telah ditawar sebanyak £6.3 juta (RM40 juta) hanya untuk membintangi sebuah video lucah dengan teman lelakinya yang merupakan seorang penyanyi rap, Tyga.

Antara yang berminat mendapatkan bintang Keeping Up With The Kardashians itu ialah syarikat pengeluar filem lucah terbesar Amerika Syarikat, Vivid Entertainment.

"Lihat rakaman seks Kim dan Ray J, ia meletup dan terus meletakkan dia di antara selebriti terkenal dan ia akan memberi manfaat sama kepada Kylie," katan Steve Hirsh. pengarah urusan syarikat Vivid Entertainment dalam usaha "memancing" Kylie.


Namun, sehingga kini tiada sebarang perkembangan sama ada yang mengesahkan Kylie menolak atau pun menerima tawaran lumayan yang diberikan kepadanya itu. -Kedahnews.com