Gua Krubera |
TAHUKAH Anda? Gua terdalam di dunia bernama Gua Krubera?
Mneurut laporan Amusingplanet. sebelum dinamakan sebagai Krubera, penduduk tempatan memanggil gua ini dengan panggilan Gua Voronya yang bermaksud gua kelawar.
Dikatakan, sebelum saintis berjaya masuk ke kawasan ini, ia dipercayai menjadi habitat lebih sejuta ekor kelawar.
Menurut cerita lisan penduduk, mereka pernah melihat, apabila haiwan itu keluar secara serentak, sinaran matahari tertutup dengan bayangan jutaan kelawar.
Berdasarkan cerita tidak rasmi itu, sekumpulan ahli Speleologi Kiev, Rusia, mencatatkannya sebagai Gua Voronya.
Bagaimanapun, berdasarkan catatan awal, gua ini telah pun ditemui sekitar tahun 1960-an oleh seorang ahli Geografi Rusia bernama Alexander Kruber.
Melalui catatan yang dibuat Kruber, saintis menamakan semula gua ini sebagai Gua Krubera.
Dipercayai, jarak permukaan gua dengan lantai gua adalah 1.2 hingga 1.24 kilometer!
Setakat ini, kompleks gua ini masih belum habis diteroka. Mungkin ukuran ini bakal berubah lagi.
Sumber: Sinar Harian