Guru Wanita Rentung Bakar Diri Diganggu Sihir Makhluk Halus?


Seorang guru wanita ditemui rentung dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam satu kejadian kebakaran di Paya Dalam, Melaka, kira-kira pada jam 2 pagi tadi.

Menurut keluarga, mangsa yang maut adalah Fara Wahidah Ali, 37, seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak dan sedang mengambil cuti sakit.

Memetik  dari laman Facebook, Daily Trafik Report, bapa mangsa Ali Mikram menjelaskan bahawa dia menyedari kejadian kebakaran itu apabila tersedar dari tidur kira-kira 2 pagi selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat cahaya api menerusi cermin tingkap rumah.


“Pada awalnya saya tidak tahu anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air.

“Namun selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam bilik tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terbakar sepenuhnya dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Menurut maklumat yang diperolehi daripada pautan komen di Facebook, ada yang mengatakan mangsa telah diganggu oleh makhluk halus sehingga menyebabkan mansa bertindak demikian.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan paparan gambar sepucuk tulisan yang dikatakan ditulis arwah sebelum membakar dirinya.

“”Ning, aku nak bakar iblis ni hidup-hidup. Iblis tak boleh duduk serumah dengan orang hidup. Menimbulkan pergaduhan nanti. Selamat tinggal,” tulis arwah berserta tandatangannya.


Apa-apa pun, masti itu pasti kepada sesiapa sekali pun dan ayuh kita sedekahkan pahala menerusi Al-Fatihah kepada arwah Fara Wahidah Ali agar ditempatkan dikalangan orang beriman. -Kedahnews.com