Hajat Dihati Nak Troll GST, Tapi Kak Wan Balik Kena Troll? Hmm Alahai...


SAMA ada benar-benar tak tahu peraturan dalam tren ataupun sengaja buat-buat tak tahu, tapi itulah realiti yang disaksikan sendiri oleh seluruh warga maya terhadap tindakan yang dilakukan Ketua Pembangkang, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan tersebut menuju Ipoh bagi menghadiri mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak tengah hari tadi, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memuat naik tiga keping foto sedang sedap bersantap nasi lemak di laman Facebook rasminya.

Kalau diikutkan, memang tak ada silap untuk menjamah nasi lemak, tapi yang menjadi kesalahannya, dia melakukan perbuatan tersebut ketika menggunakan pengangkutan keretapi.


Lantas, ramai pengguna menghujankan persoalan, adakah dia lupa larangan untuk makan di dalam tren?

Ataupun, mungkin kerana terlalu teruja untuk menyindir isu semasa tentang perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Kak Wan sanggup ketepikan peraturan tersebut.

Malangnya, gambar yang sepatutnya menunjukkan bahawa Kak Wan seorang yang humble dan pemimpin merendah diri, telah dijadikan bahan troll dan ejekan oleh rata-rata pengguna.


Alahai, kasihan benar dengan nasib Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Mungkin dia kena fikirkan cara lebih bijak untuk menyindir pihak kerajaan lepas ini. Sabar jelah, Kak Wan…