Hanya Dua Cara Saja Untuk Gulingkan Kerajaan Di Malaysia - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa hanya ada dua cara saja untuk menggulingkan kerajaan di Malaysia yang mengikut lunas yang diperakui lunas perundangan negara.

Dua cara berkenaan ialah menerusi undi tidak percaya dan undian pada setiap pilihanraya umum yang berlangsung di negara ini.

"Polis sedia maklum kerajaan hanya mampu digulingkan mengikut dua cara sama ada menerusi undi tidak percaya di Parlimen dan undian di Pilihan Raya Umum.

"Jika di luar dari itu, polis akan masuk campur dan mengambil tindakan sewajarnya," 

Justeru itu, Khalid menegaskan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau dengan telili kenyataan berbaur hasutan, termasuk usaha menggulingkan kerajaan yang tidak mengikut lunas undang-undang yang dibenarkan.

Khalid dalam kenyataannya yang dipetik dari Harian Metro turut menegaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak akan masuk campur dalam sebarang urusan dalaman mana-mana parti politik di negara ini.

"Kami sentiasa memantau perkembangan semasa politik negara namun tidak sesekali akan masuk campur urusan dalaman,"katanya selepas merasmikan perbarisan tamat latihan Kor Suksis Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) SeMalaysia ke-11 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di ibu negara, semalam. -Kedahnews,com