Hidang Kopi "Seni" Muka Babi, Kafe Elfira Loy Dikritik Kurang Sensitif


Pelakon, Elfira Loy yang sebelum ini telah mengorak langkah dalam bidang perniagaan baru-baru ini telah mengundang kritikan di kalangan warga netizen hanya kerana secawan kopi yang disajikan di kafe miliknya, Lovemesevendayscafe.

Kopi yang dihidangkan kafe berkenaan dikatakan telah memaparkan gambar "seni" berbentuk wajah babi.


Gara-gara gambar "seni" itu, Elfira Loy dilabel kurang sensitif ekoran seolah tidak peduli pada gambar "seni" muka babi yang tiba-tiba terpacul di atas permukaan kopi dari kafenya, terutama bagi pelanggan yang beragama Islam.


Hasil "seni" kopi itu kemudian telah menimbulkan perbalahan dalam kalangan para peminatnya yang menyifatkan ianya kurang sopan dan tidak wajar.

Mengulas mengenai isu yang tercetus di kalangan para pemintanya itu, Elfira Loy pula dilihat mempertahankan "seni" kopi bermuka babi itu.

Menurut Elfira Loy, gambar tersebut hanyalah atas dasar seni semata-mata dan Islam tidak menghalang umatnya untuk melukis mahupun memandang gambar babi.


Apa yang dijelaskan Elfira Loy ada benarnya, namun tidak dinafian setiap individu di negara kita sudah tentu mempunyai pandangan berbeza-beza mengenai hal ini, khususnya berhubung sensitiviti dan budaya masyarakat, bukan? -Kedahnews.com