Ibu Buat Laporan Polis Mengadu Anak Dirotan Guru Sebab Gagal Jawab Soalan

JEMPOL – Ibu kepada seorang murid tahun enam di sini membuat laporan polis bahawa anaknya telah dirotan sehingga lebam dan berbirat kerana gagal menjawab soalan yang ditanya gurunya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias berkata laporan dibuat pada Rabu lepas kerana ibu berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit.

“Siasatan awal mendapati terdapat kesan pukulan rotan di lengan kiri, kanan serta belakang badan murid tersebut.

“Kami telah memanggil guru terbabit untuk diambil keterangannya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak polis masih menunggu laporan perubatan daripada Hospital Jempol dan kes disiasat kerana mendatangkan kecederaan. – BERNAMA