Ibu Mertua Dimaki Hamun Hanya Kerana Sebiji Strawberi Di Cameron Highlands...


Seorang peniaga buah Strawberi di Cameron Highlands  mengatakan bahawa lokasi dia berniaga itu merupakan "tempat Cina" selepas bertindak memaki hamun pelanggannya di khalayak ramai hanya gara-gara sebiji buah strawberi.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abd Halim telah berkongsi pengalaman bercuti bersama keluarga di pusat peranginan terkenal itu di laman sosialnya sehingga viral dan telah dikongsi hampir mencecah 25,000 perkongsian sehingga kini.

Menurut Abd Halim, ibu mertuanya telah merasa sebiji buah strawberi di sebuah gerai di situ sebelum membeli.

Namun, tindakan itu menjadi parah apabila peniaga wanita di situ mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Cina, kononnya untuk mengelakkan daripada disedari pelanggan tersebut.

Rupa-rupanya, Abd Halim memang mampu bertutur dan memahami dalam dialek yang digunakan oleh peniaga terbabit, lantas mengetahui apa yang dicakap peniaga tersebut kepada mereka.

Mungkin tersinggung dengan makian wanita tersebut, Abd Halim telah bertanya harga bagi sebiji strawberi yang dimakan ibu mertuanya itu.

Setelah diminta sebanyak RM2 bagi strawberi yang dimakan ibunya, Abd Halim menghulurkan wang kepada wanita itu sambil berkata bahawa tidak perlu memaki hamun ibu mertuanya sebegitu sekali hanya kerana sebiji strawberi.

Mungkin "panas telinga" dengan teguran Abd Halim itu, keadaan menjadi lebih parah dan baca sendiri apa yang diceritakan Abd Halim di bawah:
"bercuti d cameron baru2 ni . .15-8-2015 kejadian berlaku d tapak pasar mlm kerana buah strawberi sebiji kami d maki hamun oleh cina ni . .ketika hendak membeli buah strawberi d kedai cina ni mak mentua sy merasa sebiji buah strawberi . .ketika kami sedang berbincang sama ada nak beli atau tidak . . sy terdengar cina perempuan tu maki2 dlm bahasa cina . .sy ulang sekali lg dia maki dlm bahasa cina kerana SEBIJI STRAWBERI. . sy pn tanya cina tu berapa ringgit sebiji buah strawberi yg dirasa oleh mak mentua sy. .cina tu minta rm2 sy pn bayar seperti d minta kemudian sy pn cakap lain kali tk payah maki . ..u maki dalam bahasa cina sy faham . .cina lelaki tu terus maki kami dgn sekuat hati sampai semua org dengar seolah2 kami ni bangsat sangat seperti mencuri. ..patut ka cina tu buat begitu....kami dh bayar . lg maki . ..kesimpulan nya cina ni mmg kurang ajar .. yg mana nk bercuti ke cameron tak payah la beli buah strawberi kat cina ni. lg satu cina ni cakap ini tempat cina . .jadi kalau tempat cina org cina boleh maki2 sesuka hati ka . .cina ni kena ingat kalau org melayu x pergi bercuti kat cameron ..berapa org ja org cina nk p sana . mujur la sy ni fasih bebahasa cina jadi sy tahu apa yg mereka maki atau kata kat kita ni org melayu..."

Menyedihkan dan berbaur sentimen perkauman, itulah realiti sebuah "sketsa" yang berlaku di kalangan warganegara Malaysia ketika kita semua di ambang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Meskipun kesal dengan apa yang berlaku dan percaya bahawa tidak semua rakyat Malaysia bersikap sedemikian, kami menyeru kepada semua masyarakat di negara ini supaya menghargai nilai keharmonian kaum yang tersemai sejak merdeka dahulu.

Usahlah kerana sebiji buah strawberi, kita memperjudikan keharmonian kaum di negara kita dengan persepsi negatif dan semoga apa yang berlaku ini menjadi sempadan pada masa akan datang. 

Bak kata tema Hari Kebangsaan 2015, kita rakyat Malaysia sewajarnya "sehati sejiwa", bukan? Selamat menyambut Merdeka... -Kedahnews.com