Imigresen Kedah Hantar Pulang 31 PATI Ke Negara Masing-Masing

Gambar Hiasan
ALOR SETAR – Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini dihantar pulang menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata mereka terdiri daripada 17 warga Bangladesh, Kemboja (7), Myanmar (4), Nepal (2) dan Laos (1).

Beliau berkata mereka yang berusia antara 17 hingga 53 tahun telah menjalankan hukuman di penjara Alor Setar, Pokok Sena dan Sungai Petani antara satu hingga enam bulan. – BERNAMA