Gambar Hiasan |
Soalan: Dalam ibadat korban, haiwan manakah lebih afdal antara unta, kerbau dan lembu?
Jawapan:
Perkara paling penting ialah melaksanakan ibadat korban. Keduanya, ibadat korban perlu dilakukan dengan ikhlas.
Mengenai haiwan yang lebih afdal, sewajarnya kita menilai keperluan masyarakat tempatan dan haiwan yang mudah didapati. Unta bukanlah haiwan yang hidup membiak dalam negara kita.
Masyarakat kita pun jarang makan daging unta.
Maka adalah lebih baik kita menggunakan haiwan yang didapati dengan mudah seperti lembu dan kerbau.
Begitu juga perbezaan antara lembu dan kerbau, sekiranya lembu yang mudah dan praktikal, maka gunakan lembu, begitulah sebaliknya.
Sumber: Utusan