Isteri Pertama Ashraf Muslim Hamil 4 Bulan Anak Pertama


Setelah beberapa tahun menanti, Ashraf Muslim yang akui teruja dengan kehamilan isteri pertamanya Noor Dayana Lokman memaklumkan bayi kandungan itu sudah memasuki empat bulan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini.
Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah.
Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah.
“Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya,” kata Ashraf kepada portal berita Murai.
Tambah gembira, Ashraf memaklumkan bakal menerima kehadiran dua orang anak sekaligus pada tahun ini memandang kedua-dua isteri sedang hamil.
1-Dayana-Tidak-Jeles-MEDIAMALAYA
“Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil. Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan.
“Saya akan jaga kedua-dua isteri saya  dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka,” kata Ashraf lagi.
Hasil perkahwinan Ashraf dengan isteri kedua, Wan Sakinah, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sarah Ashraf yang kini berusia satu tahun.
Sekalung tahniah diucapkan dari kami kepada aktor dan penerbit Ashraf Muslim atas perkongsian berita gembira tersebut. Semoga bertambah umat Muhammad SAW di muka bumi Allah ini. -Kedahnews.com