Neelofa dan Craig Smith |
Pelakon dan pengacara, Neelofa, 26, menafikan jejaka Inggeris yang dikaitkan dengannya baru-baru ini adalah kekasihnya sebaliknya mengesahkan dia masih solo.
“Dia bukan kekasih saya seperti diperkatakan. Dia hanya kawan dan kami berkenalan sebelum saya ke London, baru-baru ini, tambahan pula dia pernah bekerja sebagai model iklan kempen tudung saya tempoh hari.
“Kebetulan ke sana, jadi kami pun berjumpa. Lagipun dia memang berasal dari sana.
"Saya masih solo dan tak ada kekasih. Buat masa sekarang saya nak betulkan hati untuk menerima sesiapa saja. Tidak ada ciri-ciri khas ditetapkan tapi lebih kepada keserasian," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Wan Embong, di sini, petang tadi.
Neelofa juga menjelaskan jejaka berkenaan mestilah ikhlas berkawan dengannya dan serius untuk berkahwin.
"Selepas putus bercinta dulu, ada juga nak berkawan dengan saya tapi tidak ada keserasian. Mungkin juga ketika itu masih tidak serius, jadi ia tidak berjalan dengan baik," katanya.
Kisah Neelofa bersama jejaka Inggeris dikenali sebagai Craig Smith itu menjadi perhatian selepas gambar mereka dimuat naik ke laman Instagram.
"Dia tahu status saya sebagai selebriti, tapi tak sangka pula dia akan terkait sama. Saya kasihan dengannya apabila cerita itu diperbesarkan," katanya.
Sumber: myMetro