PASANGAN romantis dan pelakon popular Hollywood, Jennifer Aniston dan Justin Theroux akhirnya bersatu dalam sebuah majlis perkahwinan tertutup pada 5 Ogos lalu.
Mereka membuat kejutan kepada semua tetamu yang hadir termasuk beberapa orang rakan artis dengan menyatakan majlis tersebut adalah sambutan ulang tahun Justin yang ke-44 tahun tidak lama lagi.
Ternyata kesemua para hadirin yang hadir terkejut dengan perkara itu dan majlis itu dilaksanakan di rumah agam pasangan itu di Bel Air.
Menurut sumber, hanya beberapa kenalan artis yang rapat dengan mereka sahaja dijemput untuk menghadiri majlis yang penuh dengan kejutan itu.
Antara rakan artis yang rapat hadir adalah Lisa Kudrow, Howard Stern, Sia, Chelsea Handler, Jennifer Meyer, Emily Blunt, John Krasinski, Ellen DeGeneres, Lake Bell, Scott Campbell, and Terry Richardson.
Pasangan bahagia itu mula menjalinkan hubungan sejak bertemu dalam sesi penggambaran filem Wanderlust pada tahun 2012. – Agensi