Jutaan Cacing-Cacing Bercahaya Di Pulau Te Ika-a-Maui, New Zealand


SEORANG jurugambar dari Auckland, New Zealand, Joseph Michael berjaya merakam gambar menakjubkan cacing bercahaya di dalam Gua Waitomo di Pulau Utara atau dalam bahasa Maorinya di panggil Pulau Te Ika-a-Maui. 

Cacing bercahaya daripada spesies Arachnocampa luminosa itu dirakam di habitatnya di dalam gua batu kapur berkenaan yang dipercayai berusia 30 juta tahun lapor Amusingplanet.

Beberapa gambar berkenaan memerlukan kira-kira satu jam untuk dirakam supaya kelihatan menarik.

Cacing bercahaya adalah nama umum bagi pelbagai kumpulan serangga dan larva larviform betina dewasa yang bersinar melalui proses biopendarcahaya atau pengeluaran dan pelepasan cahaya oleh organisma hidup.

Sumber: Sinar Harian