Kanak-Kanak Digari, Dibiar Meraung-Raung Konon Mahu "Mengajar"

The Free Thought Project baru-baru ini menayangkan sebuah video (di bawah) di mana seorang kanak-kanak dengan sejarah trauma digari dan dibiarkan dalam posisi yang menyakitkan oleh pihak berkuasa negara itu.
Sebuah pertubuhan kebajikan dan kesedaran awam di Amerika Syarikat, The Free Thought Project baru-baru ini menayangkan sebuah video (di bawah) di mana seorang kanak-kanak dengan sejarah trauma digari dan dibiarkan dalam posisi yang menyakitkan oleh pihak berkuasa negara itu.

Dua pihak lain, The American Civil Liberties Union (ACLU) dan the Children’s Law Center pula dalam saman bersama mereka mendakwa, Timbalan Sherif, Kevin Sumner membuat tindakan yang amat hina secara sengaja ke atas kanak-kanak berkenaan.

Sumner bertugas sebagai Pegawai Sumber Sekolah di Daerah Kenton, Ohio.

Ketika kanak-kanak itu meraung kesakitan, Sumner dikatakan hanya memerhati.

Tindakan mengari itu dibuat kononnya sebagai hukuman atas perilaku kanak-kanak berkenaan.

Timbalan Pendakwaraya berkata, ini bukan kali pertama Timbalan Sherif Daerah Kenton itu melakukan perbuatan seumpama itu. Dia didakwa pernah melakukan perkara yang hampir sama ke atas seorang budak perempuan di sekolah awam pada masa lalu.

Dalam tindakan ganasnya yang terkini, kanak-kanak itu terlalu kecil sehingga Sumner terpaksa mengari lengan (bukan pergelangan tangan) di bahagian belakang.

Apa yang lebih menyedihkan ialah kanak-kanak terbabit mempunyai sejarah episod trauma dan disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). -Kedahnews.com