Kapal MT Jaoquim Dipulangkan, Dianggar Rugi RM2.8 Juta


ALOR SETAR - Kapal tangki milik warganegara Singapura, MT Jaoquim yang dilaporkan hilang semalam di sekitar perairan Selangor, telah berjaya ditemui kembali kira-kira 10 jam kemudian.
Kapal tersebut dilaporkan telah dijumpai di Pulau Rupat, Indonesia pada jam 8.45 pagi tadi dan kesemua 10 anak kapalnya dilaporkan selamat.
Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Bakar berkata, pesawat Bombardier CL 415 Maritim Malaysia berjaya menemui kapal tersebut di kedudukan 14 batu nautika Timur Pulau Rapat iaitu 1.5 batu nautika luar sempadan Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Datuk Ahamd Puzi Ab Bakar menunjukan gambar kapal tangki MT Joaquim yang hilang dengan membawa 3,500 tan metrik 'marine fuel oil' pada sidang media operasi mencari dan menyelamat kapal itu di ibu pejabat APMM hari ini.  - Foto BERNAMA
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Datuk Ahamd Puzi Ab Bakar. Foto BERNAMA
“Sepuluh anak kapal terdiri daripada sembilan warganegara Indonesia dan seorang warganegara Singapura, keadaan kesemua anak kapal adalah baik,” ujar beliau seperti dilaporkan portal The Rakyat Post.
Walau bagaimanapun, Ahmad Puzi memaklumkan, muatan kargo sejumlah 3,500 tan metrik bahan api petrol telah hilang dari kapal berkenaan dan kerugian dianggarkan bernilai RM2.8 juta.
“Menurut laporan awal dari wakil kapal pada jam 8.55 pagi tadi, MT Jaoquim telah dibebaskan oleh perompak namun kargo didapati hilang.”
Pada 11 Jun lalu, sebuah kapal milik Malaysia MT Orkim Harmony yang membawa muatan 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta turut hilang ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Kuantan, Pahang.
Namun, ia berjaya ditemui semula 19 Jun kemudian di perairan Kemboja. -Kedahnews.com