Kawan Hutang RM100,000, Tapi Tak Mahu Bayar Balik...

Gambar Hiasan
Kawan meminjam duit saya RM100,000. Baru-baru ini dia bayar RM8,000. Namun, dia ada memberitahu kepada kawan saya bahawa dia tidak mahu membayar baki hutang itu.

Apakah ayat yang boleh saya amalkan untuk membuatkan hati dia tergerak membayar kembali wang saya.

* Nisa, Bukit Mertajam.

UKE: Banyak sampai RM100,000. Ayatnya ialah lapor kepada polis dan buat tuntutan di mahkamah. Dalam Islam, setiap transaksi berkaitan hutang perlu bertulis dan ada saksi. Saya harap anda lakukan perkara tersebut ketika beri hutang kepadanya tempoh hari.

Anda boleh buat solat hajat untuk mengge­rakkan hatinya supaya membayar hutang anda. Anda juga boleh amalkan ayat 56 surah Hud dan jadikan bacaan tetap selepas solat fardu.