Kedah Juara Bergaya Ratah DRB Hicom 5-1, Juara Liga Perdana 2015!

Gambar Hiasan
ALOR SETAR - Skuad Helang Merah mengganas di Stadium Bukit Jalil apabila menang bergaya meratah pasukan DRB-Hicom dengan jaringan 5-1 sekaligus dinobatkan sebagai juara Liga Perdana musim 2015.

Penyerang berbisa, Sandro Da Silva Mendonca muncul sebagai Wira Kedah malam ini apabila berjaya menjaringkan hatrik manakala Chidi Edeh turut menjaringkan 2 gol bagi memastikan kemenangan bergaya pasukan kebanggaan Jelapang Padi itu.

Gol tunggal bagi DRB-Hicom pula dijaringkan oleh pemain import dari kelab berkenaan, Ivan Babic.

Dengan kemenangan tersebut, maka Kedah secara automatik mengesahkan diri untuk layak ke Liga Super pada musim depan apabila kekal dipersada liga pada kedudukan pertama.

Difahamkan bahawa ketika laporan ini ditulis, para penyokong Kedah sedang berpesta di Stadium Bukit Jalil meraikan kemenangan skuad kesayangan rakyat jelapang padi itu. -Kedahnews.com.