Kisah aunty yang viral sejak semalam |
Kecoh jadinya laman sosial semalam apabila tersebarnya beberapa keping gambar yang menunjukkan pihak berkuasa sedang berdiri berhampiran seorang penjaja berbangsa India yang menjalankan perniagaan tanpa lesen berhampiran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Gambar lain juga memperlihatkan penjaja tersebut sedang duduk termenung mengenang nasib gerainya yang telah tiada disamping hasil jualannya yang bertaburan di jalan raya.
Namun, jika difikirkan secara logik akal di zaman serba berkamera "canggih-manggih" ini, adakah pihak berkuasa itu begitu "bodoh" untuk bertindak diluar batas kemanusiaan sedemikian dan mengambil risiko untuk dilabel sebagai bersalah atau zalim oleh masyarakat?
Sekadar menilai gambar tersebut, tentunya ia mengundang rasa kemarahan orang ramai yang mendakwa pihak berkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertindak kejam kerana sudahlah merampas barangan perniagaan auntie tersebut dan dalam masa yang sama turut menyepahkan makanan yang dijual di atas jalanraya.
Namun cerita yang sebenarnya ialah penjaja tersebut sebenarnya yang menyepahkan barangan niaganya sendiri.
Menurut saksi yang tampil, kejadian tersebut berlaku selepas pihak berkuasa menerima laporan tentang perniagaan penjaja tersebut yang tidak berlesan dan dalam masa yang sama turut mengganggu laluan keluar dan masuk Ambulan ke hospital berkenaan.
Serta menurut saksi lagi, makanan yang bersepah itu adalah perbuatan penjaja itu sendiri sebagai tanda protes kepada pihak berkuasa berkenaan.
Perkara ini diperjelaskan lagi oleh pihak MBI, menurut Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria menjelaskan pihaknya memberi jaminan bahawa barangan yang bersepah itu tidak dilakukan oleh mereka dan berita tidak sahih mengenai perkara tersebut dilihat hanyalah ingin mencemarkan nama MBI.
Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria |
“Berhubung tindakan penyebaran isu gambar itu ianya dilihat tindakan mencemar nama baik pihak Majlis Bandaraya Ipoh.
“Perkara ini perlu dapatkan perbincangan lanjut daripada pihak hospital kerana ianya berlaku dalam kawasan hospital,” katanya.
Tegasnya lagi, situasi yang dinyatakan dalam viral berkenaan adalah tindakan mencemar nama baik MBI dan sekaligus menjejaskan nama baik kerajaan negeri.
“Saya melahirkan rasa dukacita kerana isu disebarkan tanpa penjelasan lanjut namun ada beberapa pihak dan saksi telah menjelaskan perkara sebenar,” ujarnya memetik dari laporan Perak News, hari ini.
Pada pandangan kami yang setiap hari menerima pelbagai jenis maklumat dari laman internet, orang ramai seharusnya tidak mudah melatah dan membuat kesimpulan dengan hanya melihat gambar tanpa mengetahui hal sebenar.
Sebaliknya, kita sewajarnya menggunakan akal fikiran yang waras dan cuba mendapatkan kebenaran yang sah di sebalik apa yang dimomokkan pihak tertentu.
Para penguatkuasa tersebut hanya menjalankan tugas mereka apabila menerima arahan walaupun bukan kehendak mereka untuk mengganggu orang berniaga.
Dalam kes seperti ini, kami merasakan undaung-udang haruslah dinilai semula oleh mereka yang di atas sana.
Mana-mana peniaga yang tidak berlesan ini pihak berkuasa haruslah memberikan lesen perniagaan kepada mereka dan tempatkan mereka di tempat meniaga yang sah dan berlokasi strategik.
Usah dirampas barangan meniaga mereka hanya kerana tiada lesen dan usah dihalang keinginan mereka untuk berniaga demi mencari sedikit rezeki di bumi Allah ini. Wallahualam. -Kedahnews.com