Kit Siang Mahu Anwar Dibebaskan Segera Untuk "Selamatkan" Malaysia

Penasihat DAP, Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR – Banduan Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuktikan di mahkamah melakukan jenayah sebelum ini perlu dibebaskan dengan segera bagi "menyelamatkan" Malaysia daripada kemusnahan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu membebaskan Anwar supaya beliau dapat memainkan peranan "selamatkan Malaysia" itu.

“Saya menyeru kepada kerajaan untuk melepaskan Anwar dari Penjara Sungai Buloh untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam usaha menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara penyagak dan negara yang gagal,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, Kit Siang turut menyeru dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya bersama "menyelamatkan Malaysia" yang kononnya sedang "musnah".

Selain dua bekas Perdana Menteri berkenaan, beliau turut membuat seruan yang sama kepada Tun Musa Hitam, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Simon Sipaun, Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Ambiga Sreenivasan, Tan Sri Ramon Navaratnam dan Reverend Paul Tan.

DAP, Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sebelum ini dikatakan merupakan penyebab utama pepecahan serta berlakunya kerosakan di dalam PAS apabila mereka mengutuk dan memaki hamun barisan kepimpinan PAS yang dipilih perwakilan pada pemilihan parti itu awal Jun lalu.