Kreatif "Terlampau-Lampau", Mencabar Minda Pereka Fesyen Terkemuka Dunia


Setiap kali tiba minggu fesyen di kota terkenal mana-mana negara terutama di kota fesyen terkenal, Paris, sering kali itu juga para pemerhati disajikan dengan pelbagai persalinan yang avant-garde mahupun bakal menjadi trend serta sebahagiannya aneh dan tidak kurang juga jelik.

Seperti contoh, baru sahaja berlalu baru-baru ini, warga Malaysia dapat menyaksikan kemegahan KL Fashion Week yang menjadi pentas buat pereka fesyen tanah air menunjukkan bakat dan kelebihan masing-masing dengan koleksi persalinan mereka.

Namun siapa sangka, tanpa memerlukan apa-apa publisiti melainkan laman sosial, seorang individu kreatif yang dikhabarkan berasal dari Thailand menjadi perbualan netizen apabila dia tampil dengan ‘koleksi’ fesyennya.

Dia mungkin bukan seorang pereka fesyen hebat seperti Wak Doyok, namun tidak dinafikan budak lelaki ini sememangnya "viral" di seluruh dunia!

Yang lebih mengujakan bercampur kelakar, remaja lelaki tersebut dikatakan ‘menjahit’ setiap persalinannya menggunakan barangan terpakai mahupun rare yang anda sendiri tak pernah terfikir.

Zink, sangkar ayam, daun buluh, betik dan pisang serta kulit durian antara bahan yang menjadi pilihan individu tersebut untuk menunjukkan skill nya itu.

Lihat sendiri tahap kreatif remaja tersebut yang terlampau-lampau di bawah, kami yakin ia bakal mencabar minda para pereka fesyen ternama di seluruh dunia! -Kedahnews.com

11863424_743621475747625_3493082106777303987_n11880321_10153589437179640_721496240232547922_n11902468_10153589437304640_9161298826009640211_n11896235_917984721581941_6042965145345425590_n11921885_996626003701105_9142605243979052104_n11903804_10153589437529640_7153550112961725795_n11902338_10153589436989640_3963849226605631333_n11870766_10153589437399640_3091276734587623448_n11880686_10153589437524640_6316645106442417915_n11885055_10153589437609640_4704594880815376064_n11887920_10153589437624640_3982682190357366968_n11221539_10153589437349640_1780354422661207660_n11904645_10153589437054640_8456580544505706451_n11914574_10153589437484640_5045709048999714453_n