Kuching Kini Sah Bergelar "Bandar Raya Perpaduan" Pertama Di Dunia


KUCHING – Bandar raya Kuching hari ini diisytiharkan sebagai ‘Bandar Raya Perpaduan’ pertama negara ini, yang sekali gus menjadikannya bandar raya pertama di dunia diberi status itu.
Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar membuat perisytiharan itu pada satu perhimpunan di Stadium Tertutup Sarawak di sini yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-27 bandar raya ini.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menjadi tetamu kehormat pada majlis itu.
Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar membuat pengisytiharan Kuching sebagai 'Bandar Raya Perpaduan' sempena sambutan ulang tahun ke-27 bandar raya itu di Stadium Perpaduan hari ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar membuat pengisytiharan Kuching sebagai ‘Bandar Raya Perpaduan’ sempena sambutan ulang tahun ke-27 bandar raya itu di Stadium Perpaduan hari ini. – Foto BERNAMA
Dalam ucapannya, Dr Chandra berkata Kuching melakar kejayaan luar biasa dan mengalami transformasi besar – daripada sebuah ‘kawasan sunyi’ pada awal tahun 1970 hingga menjadi sebuah ‘bandar raya raksasa’ sekarang.
Katanya, walaupun penduduk Kuching terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, namun mereka terus hidup dan bekerja dengan penuh harmoni serta bersatu padu.
“Asas penting bagi masyarakat kita ini perlu terus dipupuk dan diperkukuhkan,” katanya.
Sementera itu, pemegang amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye, yang tuurt hadir pada majlis tersebut, berkata Kuching dipilih untuk diisytiharkan sebagai Bandar Raya Perpaduan pertama negara ini berdasarkan hakikat bahawa walaupun ia didiami lebih 20 kumpulan etnik, yang menganut tiga agama utama, namun mereka hidup bersama dengan ‘amat baik’. – BERNAMA