Lamborghini Aventador, Rolls Royce Phantom Hangus Gara-Gara Dengki

Lamboghini dan Rolls Royce yang musnah dalam kejadian Jumaat lepas.
BIRMINGHAM - Seorang pemilik agensi kereta sewa mewah dilapor telah mengalami kerugian lebih dari USD1.1 juta (RM4.9 juta) setelah dua kereta mewah miliknya hangus dalam sebuah kebakaran, baru-baru ini

Memetik dari sumber Dailymail, kejadian tersebut dikhuatiri berpunca dari perasaan hasad dengki.

Pemilik agensi VIP Limousines, Zafron Hussain kini mengeluarkan tawaran USD313,89 (RM131,199) sebagai ganjaran kepada pihak yang berjaya mengesan penjenayah yang bertanggungjawab.

"Saya tidak tahu siapa yang dengki. Kami adalah perniagaan yang berjaya dan mempunyai reputasi baik dengan semua orang," kata Zafron kepada wartawan.

Lebih 40 ahli bomba cuba mengawal kebakaran yang hampir memusnahkan gudang yang menempatkan kreta mewah tersebut.

"Kami tidak mampu berfungsi dari premis ini lagi dan akan mengambil masa berbulan-bulan sebelum gantirugi insurans berjaya diperoleh," jelasnya kecewa.

Menurut pihak bomba, Lamborghini Aventador dan sebuah Rolls Royce Phantom musnah manakala beberapa lagi kenderaan seperti Hummer berjaya diselamatkan.

Polis kini difahamkan sedang giat melakukan siasat berhubung kejadian. -Kedahnews.com