Gambar Hiasan |
KETIKA satu dunia beri reaksi positif susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung serpihan flaperon di Pulau Reunion sebagai milik MH370, ada juga buat lawak tidak bertempat.
Malangnya mereka yang kecoh bikin pelbagai teori konspirasi mengenai misteri kehilangan pesawat MAS tersebut agaknya terlupa pakar terbaik Australia sendiri mengesahkan penemuan di pulau Lautan Hindi itu sebagai logik.
MYNEWSHUB turut melaporkan ulasan ramai saintis negara itu yang tidak menolak kemungkinan bangkai MH370 hanyut ke Reunion, malah jirannya Madagascar berdasarkan kajian pemodelan arus laut terbaharu.
Ironi di Malaysia ada juga ‘terlebih’ pakar mempersoalkan penemuan puing tersebut kononnya kegagalan Perdana Menteri mengumumkan pada 21 Mac tahun lalu bahawa pesawat MAS itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Antara yang mendapat perhatian ramai netizen apabila seorang pengguna menulis komen kurang bijak dengan mempertikaikan teori awal pihak berkuasa sedangkan serpihan pesawat dijumpai berhampiran Madagascar.
Komen pengguna terbabit segera dibalas seorang netizen tempatan yang membuat pencerahan bahawa Reunion itu sendiri dikelilingi Lautan Hindi di bahagian selatan dan menyelar si pengulas itu sebagai ‘mangkuk’ atau jahil.
"Lautan Hindi tu mengelilingi Reunion Island la mangkuk..", tulis Aznil Hisham.
Hujah balas pengguna berkenaan memang ada logiknya dan menyerlahkan kebodohan netizen pertama yang jahil dalam isu geografi paling asas kononnya Reunion tidak berada dalam lingkungan kawasan perairan Lautan Hindi.
Untuk makluman, jika dilihat pada peta pun memang Reunion itu termasuk dalam zon Lautan Hindi malah jika ditengok glob, bumi memang fizikal berbentuk bulat macam bola dan Reunion itu terletak di selatan Lautan Hindi.
Menyentuh isu bagaimana serpihan flaperon itu boleh hanyut sehingga ke Reunion, bagi yang belajar fizik, tentu tahu arus lautan di Hemisfera selatan berputar pusing melawan arah jam atau disebut sebagai Coriolis Effect.
Ini disahkan ramai pakar oceanagrafi dan meteorologi antarabangsa kerana hukum semula jadi bumi ialah lawan arah jam atau disebut anticlockwise sama seperti putaran planet dalam sistem Bima Sakti mengelilingi matahari.
Tidak perlu pergi jauh ke alam semesta luas, cukup sahaja lihat kaedah tawaf jemaah umrah atau haji keliling Kaabah di Masjidil Haram pun lawan arah jam ikut cara tawaf malaikat di Baitur Rahman di syurga langit ketujuh.
Jadi kesimpulannya apabila flaperon hanyut terdampar di Reunion, terbukti teori awal adalah hampir 100% tepat dan penemuan serpihan itu membuktikan misteri kehilangan MH370 makin berjaya dirungkaikan tidak lama lagi.