Lelaki Ditahan Reman Seminggu Bantu Siasatan Kes Kematian Abang

Gambar Hiasan
ALOR SETAR - Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian abangnya di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena pada Jumaat lepas.

Perintah reman sehingga 17 Ogos itu dikeluarkan kepada lelaki berusia 24 tahun itu oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Dalilah Ismail hari ini.

Dalam kejadian itu, Mohd Yusoff Gizali, 35, yang cedera pada kepalanya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Kejadian dipercayai berlaku semasa suspek dan abangnya terlibat dalam pertengkaran. - Bernama