Yunalis Zarai |
Prinsip tersebut disaksikan ramai setelah seorang peminat mengajukan soalan kepada Yuna di laman sosial tentang konsert terbarunya yang bakal diadakan di KLCC pada Oktober depan.
Kisahnya, pemilik akaun Twitter, @thisisgiralka bertanyakan satu soalan kepada Yuna berkenaan pintu masuk konsert yang dimaklumkan penganjur akan dibuka pada jam 7 malam.
"@yunamusic so your gig at KLCC this Oct, what time does it actually start? is there time for Maghrib prayer? it says doors open at 7pm," tulis Hanna.
Lantas, Yuna menjawab soalan tersebut dengan cadangan supaya peminat beragama Islam menunaikan solat terlebih dahulu di surau KLCC sebelum datang ke tempat berlangsung persembahannya.
"Come whenever you like after prayers. There's a surau in klcc. I'd probably be there too.
"Hi everyone a lot of you are asking about doors opening at 7pm for my shows in KL.. Muslims please feel free to come after maghrib," balas Yuna.
Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan, konsertnya bukanlah bermula tepat jam 7 malam walaupun penganjur membuka pintu masuk pada waktu tersebut.
Jelas Yuna, yang paling utama adalah solat terlebih dulu sebelum persembahannya.
"It's pretty obvious but since you're asking. Organizers state that the doors opening at 7 doesn't mean I go on immediately. Prayers first," tulis Yuna lagi.
Penjelasan tersebut kemudiannya menerima reaksi positif ramai yang memuji Yuna kerana bukan sahaja berpegang kepada asas sebagai muslim, tetapi juga menghormati waktu Maghrib.