Lim Kit Siang Dakwa "Gulingkan Perdana Menteri" Sebagai Amalan Demokrasi

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa langkah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghasut Ahli Parlimen UMNO yang telah hilang kepentingan dalam kerajaan untuk bekerjasama mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui `pintu belakang’ tidak menyalahi sistem demokrasi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebalik mendakwa langkah Ahli Parlimen UMNO terbabit mahu bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencalonkan Perdana Menteri baharu di Parlimen kononnya merupakan salah satu daripada proses demokrasi.

“Ini merupakan langkah yang demokratik, aman dan berperlembagaan.

“Sudah tiba masa ahli UMNO mengetahui ajaran sebenar prinsip demokrasi berparlimen bahawa tidak menyalahi undang-undang jika terdapat majoriti Ahli Parlimen mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaannya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan terdapat individu yang sedang berusaha untuk mendapatkan akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen Barisan Nasiona (BN) termasuk UMNO dan pembangkang dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Ahmad Zahid mendedahkan beliau menerima maklumat mengenai tersebut daripada sumber yang sangat dipercayai.

“Orang itu adalah pemimpin UMNO dan BN yang kini bekerjasama dengan 87 ahli Parlimen dari pembangkang untuk menggulingkan kerajaan sendiri,” kata Ahmad Zahid.

Kit Siang dalam pada itu mempersoalkan sama ada Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri telah menyedari bahawa individu dalam UMNO yang sedang menjalin kerjasama dengan DAP dan PKR untuk menggulingkan kerajaan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -Kedahnews.com