Maradona Jumpa Bekas Pengadil Kontroversi Yang Isytihar Gol Guna Tangan


LEGENDA bola sepak dunia, Diego Maradona bertemu semula dengan pengadil yang membenarkan jaringan menggunakan tangan oleh pemain Argentina itu pada aksi Piala Dunia 1986.

Ketika bertemu pengadil berkenaan iaitu, Ali Bennaceur di Tunis, Maradona turut memeluk dan cium individu tersebut kerana mengisytihar jaringan yang digelar 'tangan tuhan' sehingga hari ini.

Dalam perlawanan bertemu England pada saingan suku Piala Dunia itu, Maradona menewaskan penjaga gol lawan, Peter Shilton selepas menolak masuk bola menggunakan tangan.

Pengadil, Ali Bennaceur menyaksikan Diego Maradona (kiri) dan penjaga gol England,  Peter Shilton sebelum perlawanan suku akhir Piala Dunia 1986.


Maradona kemudian mendakwa gol itu dihasilkan oleh 'tangan tuhan' yang menjadi jaringan paling unik dan ditakuti oleh pengadil sehingga hari ini.

Jaringan tersebut turut mengubah beberapa dasar pengadilan bola sepak dunia sehingga kini.

Ketika bertemu Ali, Maradona turut menghadiahkan gambar kenangan ketika perlawanan berkenaan kepada pengadil tersebut.

Sumber: mStar