Marah Pada Bekas Isteri, Bapa Tergamak Cuba Lemaskan Anak Dalam Tasik

Pasukan penyelamat telah membuat terjunan ke dalam tasik dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan terbabit.
HEBEI - CHINA. Seorang bapa bertindak luar batasan apabila cuba melemaskan anak perempuannya yang masih kecil ke dalam tasik.

Memetik laporan portal Shanghaist, lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana cuba memaksa bekas isterinya yang menyembunyikan diri untuk bertemu dengannya.

Lelaki tersebut dikatakan mengheret anaknya ke dalam sebuah tasik dalam sebelum membenamkan muka anak mereka ke dalam tasik.

Orang ramai yang melihat kejadian terus menghubungi bomba dan polis untuk mendapatkan bantuan.

Cubaan polis dan bomba untuk memujuk lelaki tersebut gagal apabila lelaki itu terus melaungkan kata-kata ugutan terhadap pihak berkuasa.

Difahamkan, pasukan penyelamat telah membuat terjunan ke dalam tasik dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan terbabit, sebelum menahan bapanya.

Kanak-kanak tersebut menerima rawatan serta-merta dan disahkan berada dalam keadaan baik.

Sumber: Sinar Harian