Tanpa sebarang petunjuk yang menyatakan punca, pelakon dan penyanyi Maya Matahari akhirnya mendedahkan sudah tinggal berasingan dengan suaminya Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz sejak enam bulan lalu.
Menurut Maya, keputusan untuk tinggal berasingan ini adalah di atas persetujuan bersama kerana mendakwa masing-masing sudah tidak ada lagi persahaman di antara mereka.
“Kedudukan rumah tangga saya memang tergantung sekarang dan belum ada jawapan yang tepat.
"Kami sudah tinggal berasingan sejak enam bulan lalu,” jelasnya Maya yang dipetik dari Harian Metro.
Menurut artis kecil molek ini, dia lebih memilih untuk berdiam diri selama ini dan enggan bercerita tentang masalah dalaman rumahtangganya kepada khalayak peminat.
Maya dan Tengku Shahreza bergelar suami isteri pada 27 Jun 2009 dengan sekali lafaz. -Kedahnews.com