Mengaku Salah Peras Ugut PetroSaudi, Justo Dipenjara 3 Tahun Di Thailand

Xavier Andres Justo ketika ditahan polis Thailand
Natijah kepada tindakan cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, Xavier Andres Justo dijatuhi hukuman penjara tiga tahun sebuah mahkamah di Bangkok, Thailand.
Namun demikian, mengambil kira pengakuan yang dibuat Justo, 48, mahkamah mengurangkan hukuman kepada tiga tahun daripada enam tahun.
Menurut laporan media negara gajah putih itu, Justo yang bergari kaki dan tangan terus dibawa ke Penjara Bangkok bagi menjalani hukuman yang mula berkuat kuasa hari ini.
XAVIER_ANDRE_JUSTO.transformedXAVIER ANDRE JUSTO
Atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, Justo didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand, iaitu cubaan peras ugut yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda 20,000 Bhat.
Perbicaraan tersebut dilaporkan dijalankan secara tertutup bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 12.15 tengah hari.
Walau bagaimanapun, dia masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.
Nama Justo menjadi panas setelah dia menjadi individu yang menjual maklumat palsu berkenaan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad kepada pihak-pihak tertentu. -Kedahnews.com