Orang ramai dan pekerja pantai di Reunion kini turut sukarela mencari serpihan pesawat yang dikesan terapung di pulau tersebut. |
Walaupun masih di Reunion, objek tersebut ditemui di lokasi lain yang hampir dengan wilayah Saint-Denis selepas satu flaperon yang sudah disahkan serpihan pesawat Boeing 777 ditemui terapung di pantai di bandar Saint Andre, minggu lalu.
Flaperon tersebut kini telah dibawa ke Perancis untuk menjalani ujian makmal.
Menurut wakil Sky David Bowden, meskipun objek tersebut belum dapat disahkan dari pesawat Boeing 777 mahupun MH370, terdapat tulisan Cina dan Bahasa Malaysia padanya.
Maka sekiranya benar serpihan itu datang dari MH370, kemungkinan besar ianya dari bahagian dalam pesawat.
Objek yang sudah diambil pihak berkuasa dan diletakkan dalam kotak itu dianggarkan berukuran 1 kaki (30cm) lebar.
Sabtu lalu, para petugas dari Malaysia telah dikejarkan ke Reunion untuk meninjau serpihan lain di kawasan tersebut selepas flaperon yang ditemui sebelum itu diyakini dari pesawat milik Malaysia Airlines yang hilang selepas membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke China, Julai tahun lalu.
Pakar penerbangan memberi komen, struktur serpihan yang ditemui di Reunion sememangnya mirip komponen pesawat Boeing 777 dan tak mustahil ianya kini terapung disebabkan tekanan udara pada strukturnya. -Kedahnews.com