MMA Gesa Kementerian Segera Kawal Selia Penggunaan Vape Di Malaysia

Gambar Hiasan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan mempertimbang untuk mengawal selia penggunaan Vape di kalangan rakyat Malaysia ekoran kemungkinan ia mampu membahayakan kesihatan walaupun tidak semudarat bahaya rokok sebenar.

Menurut Presidennya, Dr Ashok Zachariah Philip berkata kebanyakan kimia yang terkandung di dalam asap rokok juga terdapat dalam rokok elektronik walaupun kadarnya mungkin lebih rendah berbanding rokok sebenar.

Malah berliau turut mencadangkan bahawa sekiranya kajian jangka panjang mendapati rokok elektronik tidak mempunyai risiko, langkah itu boleh ditimbang semula.

Selain itu, beliau tidak menolak tentang keperluan mengharamkan penggunaan vape di Malaysia.

"Walaupun peranti rokok elektronik baru sahaja dipasarkan dan belum dilakukan kajian secara jangka panjang, namun besar kemungkinan ia membahayakan.

"Malah, cecair mengandungi nikotin yang digunakan untuk 'vaping' tetap berpotensi menyebabkan terjadinya tabiat dan ketagihan.

"Oleh itu, kementerian patut menimbang untuk mengharamkannya atau sekurang-kurangnya mengawal selia penggunannya seperti yang dilakukan terhadap rokok," kata dalam satu kenyataan yang dipetik dari mStar.

Rabu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati orang ramai supaya berhenti sementara daripada menghisap shisha, rokok elektronik atau rokok wap sehingga pengumuman tentang risikonya dibuat dalam masa dua bulan akan datang. -Kedahnews.com