Beijing - Muka seorang lelaki bengkak seperti belon selama dua bulan selepas dia digigit nyamuk.
Media tempatan melaporkan, mangsa, Zhang, 30, pekerja kilang cetak di Kunshan di wilayah Jiangsu masih ingat digigit nyamuk ketika bekerja syif malam pada 26 Mei lalu.
Katanya, dia memicit bekas gigitan itu untuk mengurangkan gatal.
Bagaimanapun, kulit di sekitar tempat digigit itu mula menggelembung sehingga seluruh mukanya bengkak.
“Hendak membuka mata pun sangat sukar,” katanya.
Zhang pergi ke sebuah hospital tempatan, tetapi doktor tidak berjaya merawatnya.
Dia demam pada 15 Jun lalu sebelum dihantar ke Hospital Luoyang Dongfang di wilayah Henan, tempat dia didiagnos menghidap neonatal scleroderma, penyakit ganjil yang menyebabkan kawasan tempat gigitan nyamuk itu menebal dan keras. - Agensi