MD Jasmuni dan isteri, Lasteri Jamil melihat keadaan anak mereka selepas pembedahan. - Foto myMetro |
JOHOR BAHRU – Seorang murid lelaki tahun lima kini tidak sedarkan diri selepas dipercayai menjadi mangsa buli empat rakan sekolah di sebuah sekolah rendah di Pasir Gudang pada 6 Ogos lalu.
Bapa murid berkenaan, Md Jasmuni Mohamed Yassin, 40, berkata, dia bagaimanapun terkilan kerana hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya, Mohd Irfan Dawani, minggu lalu.
Menurut operator kilang itu, dia mengetahui kejadian itu selepas anaknya mengadu sakit kepala selain meracau ketika tidur menyebabkan curiga dengan keadaan itu.
“Pada jam 5.30 pagi Rabu lalu, anak saya tiba-tiba mengerang kesakitan dan meracau. Pada mulanya saya menyangka itu hanya helah anak enggan ke sekolah.
“Bagaimanapun, selepas memeriksa badannya, dia demam termasuk muntah beberapa kali, meracau tidak tentu arah selain mengerang kesakitan menyebabkan saya membawanya ke klinik berhampiran rumah,” katanya. – myMetro