Murid Perempuan Usia 11 Tahun Bersalin Di Klinik Swasta Di Negeri Sembilan

Gambar Hiasan
Seorang murid perempuan yang baru berusia 11 tahun dilapor telah mengejutkan ramai pihak apabila dikatakan bersalin di sebuah klinik swasta yang terletak di daerah Bahau, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Memetik laporan dari portal Agenda Daily,  sumber pihak berkuasa memberitah bahawa kes berkenaan hanya disedari setelah kanak-kanak perempuan itu mengadu sakit perut sebelum dia dikejarkan ke klinik tersebut.

Selepas pemeriksaan dijalankan terhadapnya, dia disahkan mengandung dan sakitnya itu disebabkan ingin melahirkan anak.

“Hasil maklumat awal, kanak-kanak itu tunggal bersama neneknya di pekan Bahau. Siasatan lanjut berhubung perkara ini masih dijalankan,” kata sumber berkenaan. -Kedahnews.com