NGO Pro Pembangkang Jemput Tun M, Muhyiddin, Shafie Sertai Demo


KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang mempelawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan menentang kerajaan, BERSIH 4 dari 29 hingga 30 Ogos ini.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), S.Barathidasan berkata, pihaknya turut menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Datuk Seri G.Palanivel untuk menyertai perhimpunan itu.

“Setiap rakyat Malaysia yang mengambil berat harus di luar sana (menyertai BERSIH 4) pada 29 hingga 30 Ogos ini. Kita tidak boleh duduk sahaja, Mahathir , Muyiddin, Gani Patail, Shafie Apdal dan Palanivel perlu menyertai perhimpunan ini untuk melindungi negara.

“Rakyat perlu berarak,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Parti pembangkang dan beberapa NGO dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 4 di ibu negara pada bulan ini bagi menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan. -Kedahnews.com