Nostalgia 36 Perkara Yang Mesti Orang Alor Setar Pernah Buat Dulu

Bulatan Telok Wanjah, air pancutnya jadi kaler-kaler sebelah malam...
Baru-baru ini viral di kalangan anak-anak Kedah, khususnya di Alor Setar mengenai beberapa perkara yang dipercayai pernah dilakukan oleh mereka yang benar-benar tulen dan membesar di bandaraya itu.

Perkara-perkara berkenaan turut menggamit nostalgia lama yang kami yakin tidak pernah dilalui oleh mereka yang baru bermastautin di Alor Setar.

Antara ikon yang tersenarai di dalam posting tersebut adalah seperti "Lorong Sempit" yang mana hanya mereka yang benar-benar anak Kedah saja yang tahu di mana lokasi lorong sempit berkenaan.

Paling epik, nama seorang wanita "Timah Gila" yang bergelandangan di bandaraya itu sejak beberapa lama turut tersenarai.

Berikut adalah senarai tersebut. -Kedahnews.com

1. Beli sepit rambut kat Lorong Sempit 
2. Makan mee ayam tomyam kat City Point 
3. Makan fried rice kat Queen's
4. Lepak kat stesyen bas lama
5. Lepak kat stesyen bas baru
6. Seriyau kena ligan dengan Timah Gila
7. Tengok wayang kat Panggung Cathay
8. Tempah seluaq GQ kat Poshboy
9. Teman mak pi Pekan Rabu 
10. Lepak library
11. Beli paper by weight rona macam-macam kat City Point
12. Makan laksa Bangunan Ukir
13. Beli baju sekolah kat Kedah Supermarket
14. Bind project sekolah kat Peruda
15. Lepak kat Hankyu Jaya 
16. Lepak kat Looking Good
17. Nganga tengok ayaq pancut depan Masjid Zahir
18. Pi pesta buku di Dewan Syed Omaq
19. Pos borang UPU kat pejabat pos di bangunan SPU
20. Beli beg galaih haluih Garfield
21. Pakai seluaq ketat steng beli kat Lorong Sempit
22. Langut tengok ayaq pancut kaler-kaler kat bulatan Telok Wanjah
23. Makan murtabak tebai Restoran Rose 
24. Belajaq bawak kereta kat belakang Stadium Darul Aman 
25. Makan sate kat garden sebelah stadium
26. Pi bangunan Ko-Mart
27. Beli beg sekolah kat kedai bawah Oriental
28. Main game kat City Point
29. Tengok budak kola bergaduh dengan budak-budak pailang lain
30. Makan ayam kat Grandy's depan City Point
31. Makan kuewteow Joned kat bawah pokok
32. Tengok budak Kolej mengorat budak Asma
33. Beli button New Kids On The Block kat kedai tepi jalan
34. Pakai earphone dengaq lagu kat Walkman
35. Naik bas mini bandaran yang pendek tu
36. Solat kat Pusat Dakwah tepi City Point