"Obama" Enggan Mengaku Curi Alat Seks Dari Sebuah Kedai

Christopher Hucko
Illinois, Amerika Syarikat  - Seorang lelaki yang dituduh mencuri alat penggetar di kedai peralatan seks di Orland Park ditangkap selepas perbuatannya dikesan pekerja premis itu.

Christopher Hucko - yang mengguna nama ‘Obama is a criminal’ (Obama penjenayah) pada borang penahanannya - ditangkap selepas pekerja kedai melihat bonjolan di seluarnya apabila dia berlegar selepas mencuri alat permainan seks bernilai AS$48 (RM193) itu.

Polis yang dipanggil ke tempat kejadian bertanya sama ada Hucko mencuri sesuatu atau cuma ‘gembira’ melihat mereka.

Hucko menjawab dia mempunyai tatu pada alat sulitnya, malah menjemput anggota terbabit melihatnya.

Polis berkenaan membuat pemeriksaan dan menemui alat penggetar berwarna merah jambu itu, ganja dan paip untuk menghisap dadah di dalam seluar dalamnya.

Hucko mendakwa tidak tahu bagaimana barangan itu berada di dalam seluarnya.

Tidak lama selepas ditahan di dalam lokap, Hucko berbogel dan membuat kenyataan menghina Presiden Barack Obama sebelum menandatangani borang penahanannya menggunakan nama ‘Obama is a criminal.’

Hucko didakwa atas tuduhan mencuri, memiliki dadah dan peralatan dadah.

Hucko pernah ditahan pada Mac 2012 atas tuduhan mencuri troli elektronik di sebuah pasar raya. - Agensi