BUAT peminat filem Pirates Of The Caribbean, aktor Orlando Bloom disahkan akan kembali membintangi filem siri kelima tersebut iaitu Dead Men Tell No Tales.
Menurut laporan aktor berusia 38 tahun itu membuat pengesahan tersebut menerusi sebuah majlis anjuran Disney pada Sabtu lalu.
Sebelum ini bekas suami Miranda Kerr pernah menyatakan belum yakin untuk melibatkan diri dalam filem terbaru itu.
Orando telah membintangi filem itu bermula siri pertama hingga yang ketiga.
Bagaimanapun, aktor tersebut tidak muncul bagi siri keempat iaitu Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides pada tahun 2011 lalu.
Untuk siri filem kelima ini, Johnny Depp juga disahkan masih memegang watak Captain Jack Sparrow dan Kaya Scodelarioa juga akan diberi watak utama.
Selain itu pelakon Geoffrey Rush, Stephen Graham, Javier Bardem, dan Brenton Thwaites turut akan menjayakan filem berkenaan.
Sumber: mStar