PDRM Dapat Waran Tangkap Clare Brown, Mohon Senarai "Wanted" Interpol


Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan media semalam mengumumkan telah mengeluarkan satu waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Waran tersebut dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan dan 124I iaitu menjalankan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Kenyataan dari Bukit Aman itu turut menyebut, permohonan telah pun dibuat untuk memasukkan nama Clare Rewcastle Brown dalam senarai ‘wanted’ Aseanapol dan notis merah Interpol.


Clare sebelum ini didakwa merupakan antara dalang yang merekayasa berhubung isu 1MDB sehingga menyebabkan ramai terpengaruh dan menjejaskan nama baik institusi kerajaan Malaysia di mata ramai. – Kedahnews.com