Sharifah Sakinah |
Mungkin selepas ini ramai yang akan merindui kontroversi dan isu-isu panas membabitkan pelakon dan pelawak, Sharifah Sakinah yang dilaporkan memasang niat ingin meneruskan pengajian dalam bidang kesihatan dan bidang kecerdasan di New York, Amerika Syarikat pada tahun hadapan.
Menurut Sakinah yang kini kelihatan semakin langsing dan fit mendedahkan dia , dia mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa memilih kota popular itu sebagai lokasi untuk meneruskan pengajiannya.
“Saya mahu menimba ilmu dalam bidang ini dan mendapatkan sijil. Selepas tamat pengajian, ada perancangan besar yang akan saya laksanakan.
“Bukan tidak boleh menyambung pengajian di dalam negara, tetapi budaya kesihatan di sini tidak setinggi masyarakat di New York.
“Kalau bergaul dengan masyarakat di sana, saya boleh bawa pulang pengalaman dan ilmu yang diperoleh itu ke sini,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Selain itu, Sakinah yang aktif dalam bersenam turut meluahkan hasratnya untuk menerbitkan program kesihatan dan kecerdasan satu hari nanti.
Dalam pada itu, Sharifah Sakinah akui buat masa ini dia dan suami belum merancang untuk menimang cahaya mata kerana mahu mengukuhkan ekonomi terlebih dahulu. -Kedahnews.com