Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman ketika meninjau khemah tetamu Allah dari Malaysia di Arafah |
ALOR SETAR - Seramai 210 orang petugas haji sudah bersiap sedia di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk menyambut ketibaan jemaah yang menjadi "tetamu Allah" pada musim haji kali ini dan dijangka bakal berangkat, bermula pada 16 Ogos ini.
Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, mereka termasuk pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain itu katanya, seramai 22 petugas media juga bakal membuat membuat liputan sepanjang musim haji tahun ini.
"Penerbangan pertama jemaah haji tahun ini akan bermula 16 Ogos iaitu penerbangan terus daripada Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Terminal Haji Madinah.
"Bagi kuota haji bagi tahun ini pula masih kekal seperti tahun lalu iaitu 22,320 jemaah," katanya dalam satu sidang media di ibu negara semalam ketika melepaskan pasukan petugas haji TH ke "Al-Haramain".
Menurutnya, penerbangan terakhir "dhuyuufur rahman" dari Malaysia itu dijadualkan pada 19 September depan, manakala penerbangan balik bermula 29 September sehingga 29 Oktober. -Kedahnews.com