Penyokong Bola Sepak Kedah - Pulau Pinang Tegang..!!!

ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memohon penyokong skuad hijau kuning dan Pulau Pinang mengelak daripada meneruskan kontroversi berikutan insiden tidak diingini yang berlaku semasa perlawanan diantara kedua-dua pasukan malam kelmarin.

Laman Facebook KFA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya meminta penyokong kedua-dua pasukan supaya bertenang dan tidak lagi mengeluarkan komen-komen berbentuk provokasi dalam laman Facebook masing-masing.

“Rentetan beberapa insiden berlaku yang berlaku antara penyokong dua pasukan utara, titik pertikaian patut dirungkaikan dengan lebih baik. Apa yang berlaku amatlah dikesali dan perlu diperbetulkan. Apa yang berlaku patut dijadikan teladan dan tidak berpanjangan,” kata KFA semalam.

Laman Facebook penyokong Pulau Pinang menyiarkan gambar cermin bas penyokong pasukan itu pecah kerana didakwa telah dibaling dengan batu ketika bertandang ke Stadium Darul Aman pada 4 Ogos lalu.

Penyokong Pulau Pinang turut tidak berpuas hati kerana penyokong Kedah didakwa menyanyikan lagu `Pulau Pinang itu anjing’ dan mengibarkan tifo anjing berwarna merah jambu yang dipercayai ditujukan kepada pasukan itu.

Berikutan itu Laman Facebook Kelab Penyokong Bolasepak Pulau Pinang mengeluarkan komen berikut:

“Tiada maaf bgmu walau jiran..’. `Sedap btoi Ultras Kedah nyanyi smlm ye “Pulau Pinang itu ANJING…..lalalala…” hahahaha nk tngk anjing gila tgu game hampa mai BANDARAYA….. hahaha…….", tulis admin laman page berkenaan.


Berikut pula adalah penjelasan penuh panjang lebar dari laman Ultras Kedah, atau lebih tepat lagi ditulis oleh Pak Man Telo:
KENAPA APAKAH? APAKAH SEBABNYA? 
Written by Pak Man Melo 
Dengaq habaq dari page jiran kita, mereka dah declare kita bukan bersaudara. Ok. Kita terima. Hakikat cerita semalam, benar ada PROVOKASI & CHANT yang agak keras didalam curva terrace kita, namun itulah hakikatnya mainan mental dari kelompok Ultras untuk melemahkan mental pihak lawan. Namun terjadi juga beberapa perkara yg tidak diingini dek kerana segelintir yg merusakkan semua sebelanga. 
Untuk itu, kami disini ingin membuat PERMOHONAN MAAF secara terbuka hanya utk isu CHANT atau LAGU binatang itu , yg ianya berlaku secara spontan pada awal corteo hingga ke akhir perlawanan. Senjata provokasi itu tampak tidak disenangi ramai dan kami secara terbuka ingin memohon maaf kpd semua. 
Namun untuk insiden bas cermin pasukan depa yg pecah, kami sekeras2nya menafikan semua yg berlaku itu dirancang atau datang dari pihak kami. Ya memang benar kami dalam corteo utk mengelilingi stadium seperti kebiasaan, namun terhenti dikelompok fans penang, dan seperti biasa, mainan provokasi dimulakan, namun dalam suasana itu terdapat kalangan penyokong lain yg hilang kawalan hingga mengakibatkan insiden itu. 
Kejadian-kejadian lain seperti jika ada kecederaan fizikal juga kami turut menafikan BUKAN pihak kami yg melakukannya. Kalau ada betoi, boleh berikan bukti anda pada pihak berkuasa atau pd kami utk kami sendiri cari dan serahkan pada pihak bertanggungjawab ANDAI itu semua dari kalangan kami. 
Ultras Kedah ditubuhkan pada penghujung 2009, antara yg terawal bertapak. Sepanjang 6 tahun penubuhan belum ada sejarah buruk yg mencemarkan imej kami. Benar kami sudah menjelajah seluruh stadium di seluruh negara. Pernah dimaki hamun, diharamjadahkan, dikhinzirbutakan, disepak diterajang, dipecah cermin kereta, dipancitkan tayar dan sebagainya. 
Namun, bagi kami itu semua hanyalah rencah dalam perjuangan kami setia menyokong Kedah dimana saja. Ultras Kedah juga punya rekod yg bersih bertandang atau menerima siapa saja lawan biarpun diprovokasi, namun kesudahannya BERSAUDARA juga ,abih game datang bertemu berpelukan meraikan bersama tak kira seri kalah atau menang. 
Berbalik kepada kejadian semalam, kemungkinan yang berlaku ramai yg bertanya kenapa apakah Pulau Pinang ? Apa dari rekod kami sepanjang bertemu musim ini sebanyak 2 kali di peringkat Liga Perdana & Liga Presiden, kemungkinan ada unsur-unsur ketidakpuashatian terhadap layanan semasa game kedua-dua tersebut. Rasanya yg pertama sudah kami lupakan, tapi datang lagi yang kedua. Apa perlukah serangan atau layanan itu kepada kami? Takkan kita nak tunggu lagi untuk berikan kali ketiga ? Ok kita imbas kembali..... 
Pertama, game Liga Perdana. Kita boleh lihat sepertimana post mereka dibawah yg berbunyi, " Siapa yg bawak budak ultras kedah hingga ke kereta? Siapa yg blocking bersama-sama polis sewaktu penyokong kedah diserbu... 
Disitu jelas permulaan segala cerita. Diakui oleh mereka sendiri pun. Jika kita bersaudara, kenapa apakah perlu kami dibawa diblocking hingga ke kereta? Kenapa perlu kami diserbu, dikepung oleh sebahagian besaq fans penang ? Budak kami hanya 2 org disitu, adakah adil utk depa diperlakukan begitu? Dikepung, disoal..benar ada antara anda yg terbaik ketika budak kami dikepung, namun tahukah anda dari sudut belakang kiri & kanan mereka ditumbuk disepak terajang ? 
Sebaiknya selepas peristiwa itu, kami yg sepatutnya meletup dgn post serangan updates status menyerang pihak penang, namun kami memilih utk mengabaikannya, kerana sedar dan amik faham itu hanyalah serangan provokasi disamping ingin menjaga semangat persaudaraan itu sendiri. Silapnya dulu, kita tak rakam video depa.Tp tiba giliran kita kinii, wahhh viral satu Malaya, mungkin itu yg depa cari menumpang nama kami yg tak seberapa ni mungkin sikit. 
Mungkin ramai yg tanya pula, kenapa fans penang sanggup mengepung budak2 kami, biaq kami jelaskan juga dgn jelas. Betul, itu akibat dari pembakaran suar yg kami lakukan yg disalah tafsir sbg membakaq bendera negri penang. Logiknya disitu, utk apa kami hendak membakaq bendera anda? Malam itu juga tidak berlaku sebarang kekecohan didalam std melainkan ada beberapa fans penang yg meluru ke arah kami dgn serangan provokasi. Peristiwa itu juga menyebabkan beberapa page penang terus menyerang kami tanpa usul periksa sebelum memadam kembali post mereka kerana ternyata akhirnya perkara membakar bendera itu adalah TIDAK BENAR sama sekali.Akhirnya bila keluar stadium, ada lagi perkara yg agak buruk berlaku... 
Kita jelaskan lagi, Pembakaran suar dlm std adalah teras pd Ultras lebih kepada utk menghidupkan suasana. Itu mereka pun faham. Jika anda masih ingat, pada musim2 yg lalu, mereka juga membakaq suar didalam Std Darul Aman, namun ianya berlalu begitu saja tanpa serangan provokasi dari kami kerna amik maklum, itulah sebahagian cara utk menghidupkan suasana liga kita. Namun bila kita pula yg cuba bawa kesana, kita dilayan sedemikian rupa. Jadi fikir2kanlah... 
Mereka kata, boleh diajak berbincang, namun peristiwa pertama dilihat seolah2 terancang, jika ada perbincangan, apakah dgn 2 org budak kami dikepung sebahagian besaq depa, ditahan, dimaki, ditumbuk, ditendang dll itu dilihat sbg perbincangan ? 
Peristiwa itu berlalu, kami anggap sebagai resam perjuangan utk mereka yg baru kenal erti perjuangan, namun insiden ke2 terus berlaku ketika kunjugan kami ke Stadium USM. Rupa2nya bersambung lagi. Layanan yg diterima amat menyedihkan sejak awal hingga akhir perlawanan. 
Kami terus dikepung, dalam minit2 perlawanan berlangsung datang ke tempat kita dgn serangan provokasi2 yg kasaq. Ada org2 kami yg bawak anak beranak dok dukung budak2 kecik pun hangpa maki ikut sedap hangpa . Pergerakan kami terbatas akibat sekatan hangpa. Level binatangkah kami hangpa layan mcm tu? Dah abih game,Menanti dgn helmet2 ditangan pada kesudahann perlawanan dgn maki hamun mengharamjadahkan. Kenapa apakah penang ? Apa yg hangpa berdendam sangat dengan kami ? Kami tak goyang dgn provokasi dalam perlawanan, tp hingga berlarutan tampak semacam ingin nampak besaq pada mata org, awat rasa dah kemaih dah ka? dengan Kedah yg dok tepi rumah hangpa pun, sampai nak cari gaduh? 
Dulu-dulu. Nie nak cerita kat hangpala yg baqu nak up. Dulu-dulu, masa mola- mola hangpa tertubuh, datang kemari kesini pm inbox apa bagai mohon tunjuk ajaq, kita dengan rendah hati senang hati menyambut semua itu atas semangat persaudaraan. Kekurangan game, nak sokong Penang masa tue, penang kurang bermain, mohon nak join curva Terrace T1 di Darul Aman, sanggup tekan dari penang mai Loq Setaq semata2 nak rasai suasana & fenomena itu, kita berbesaq hati menerima atas semangat persaudaraan. Nampaknya itu semua hanyalah kenangan yg dilupakan dan kini KITA ANGGAP SEBAGAI MUSUH dan DIBUANG SAUDARA. Terima kasih penang. 
Apa yang terjadi, bukanlah niat untuk membalas dendam, namun hanya utk sedikit peringatan agar sedarlah kamu dari lamunan. Carilah musuh yg benar2 musuh untk ditentang dari mula hingga akhir. Kami menerima kejian dari pelbagai pelusok negara kini. Kami terima dgn hati terbuka hasil kesilapan kami sendiri.Anda kini sudah berjaya, sudah dikenali seantero. Tahniah dari kami utk anda semua. Apa saja kini, perjuangan harus diteruskan dan selagi ada nyawa dikandung badan Kedah Sejati Tetap Dihati. 
*Sekian cerpen dari Pak Man Melo utk anda bersandarkan fakta semata. Sengaja pak man karang panjang bg kat hangpa pasai tak mau nak bagi panjang dah lepaih nih. Cukupla 1 post nie utk depa. Noted! 
THESE COLORS NEVER RUN